*Ebook ⇺ Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam ↭ Ebook or Kindle ePUB free

MENCARI Jalan Pulang Daripada Sosialisme kepada Islam karya Dr Kassim Ahmad bukan sekadar memoir atau autobiografi biasa yang merakam perjalanan hidup tokohnya, sebaliknya rangkuman aliran pemikiran Kassim yang memperlihatkan pendewasaan sejajar dengan perubahan zaman Buku dengan kata pengantar oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini dipecahkan kepada empat bahagian mewakili proses kematangan fikiran dan idealisme berlandaskan faktor perubahan persekitaran yang melalui latar MENCARI Jalan Pulang Daripada Sosialisme kepada Islam karya Dr Kassim Ahmad bukan sekadar memoir atau autobiografi biasa yang merakam perjalanan hidup tokohnya, sebaliknya rangkuman aliran pemikiran Kassim yang memperlihatkan pendewasaan sejajar dengan perubahan zaman Buku dengan kata pengantar oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini dipecahkan kepada empat bahagian mewakili proses kematangan fikiran dan idealisme berlandaskan faktor perubahan persekitaran yang melalui latar tradisi, akademik dan aktivis Empat bahagian itu seolah olah menjadi kotak masa yang mengepung peristiwa penting, tetapi diikat erat kerana setiap period memberi kesan kepada perubahan pemikiran yang dianuti pengarang bermula Bahagian I Permulaan Bahagian II Di Menara Gading Bahagian III Di Perantauan dan Bahagian IV Kembali ke Pangkuan Ibu Meskipun bahagian pertama menyorot kehidupan awal Kassim tampak tidak lebih daripada keharusan dalam memoir, rakaman sejarah itu sebenarnya memberi gambaran kasar pembentukan tanggapan pengarang terhadap pengamalan dan pendidikan Islam secara tradisional yang mempengaruhi cara fikir yang cenderung kepada Islam pada dekad mutakhir Penghijrahan Kassim dari latar tradisional ke akademik di Singapura, membawa perubahan besar dalam hidupnya seperti didedahkan dalam Tercabut dari Akar Umbi ekoran pengaruh kehidupan bebas dan aliran sosialisme mula menerjah pemikirannya, selain percambahan ilmu dengan rakan sekuliah yang juga tokoh besar bidang masing masing Proses pembentukan idealisme turut dipercikkan daripada pelbagai peristiwa besar yang menggugat dunia pada zamannya seperti kebangkitan Asia dan kehancuran sistem kolonial kuno yang melahirkan sistem sosialisme di Russia serta China, Perang Dunia Pertama dan Kedua yang turut mengubah peta dunia dari segi politik, selain perang dingin yang mencetuskan pelbagai konflik Bahagian III Di Perantauan mendedahkan proses peralihan pemikiran Kassim yang mencari jawapan kepada permasalahan dunia lewat sosialisme kepada cubaannya untuk mengintai Islam di sebalik kehidupannya bermula sebagai tenaga pengajar di School of Oriental and African Studies SOAS , Universiti London sehingga pulang ke tanah air Pada bahagian terakhir, pengarang mencampuradukkan rakaman pembabitan dan pengundurannya dalam gerakan sosialisme, penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA , peristiwa penting dalam negara ini serta percikan pemikiran dan tafsirannya terhadap Islam Dalam buku ini, pengarang tidak dapat mengelak daripada menyelitkan pandangan kontroversinya kerana pemikiran itu sudah sebati dengan perjalanan hidupnya sehingga melahirkan buku Hadis Satu Penilaian Semula yang menyalakan perdebatan terhadap tafsirannya terhadap hadis Buku setebal 243 halaman terbitan ZI Publications Sdn Bhd berharga RM35 senaskhah ini, sebenarnya menunjukkan Kassim tidak pernah menguburkan pemikirannya, sekali gus menunjukkan pandangannya wajar dijawab dengan hujah oleh pihak berkenaan Dunia kontroversi penulis, penyair DR Kassim Ahmad yang dilahirkan di Kampung Kubang Tampang, Lepai, Kubang Pasu, Kedah, pada 9 September 1933, dengan nama Osman, tetapi diubah namanya kerana sering sakit, mendapat pendidikan awal di Sekolah Bandar Bahru, Kulim Peluang meneruskan pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada 1949, membuka pintu khazanah ilmu serta persuratan kepadanya sehingga memungkinkannya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya UM di Singapura pada 1955 Dunia pengajian tinggi di negara republik itu mendedahkannya kepada pemikiran sosialisme dan Islam melalui kepustakaan dan percambahan fikiran bersama sama rakannya yang masing masing membina ketokohan tersendiri, selain mula terbabit dalam Kelab Sosialis UM Dengan sokongan Pensyarah UM Singapura, JC Bottoms, Kassim menyahut pelawaan untuk mengajar bahasa dan sastera Melayu di School of Oriental and African Studies SOAS , Universiti London, pada 1962 hingga 1966 Dalam ranah sastera, Dr Kassim dikenali sebagai penyair yang tidak sunyi daripada kontroversi apabila menghasilkan puisi, Sidang Roh dan Jalan ke Parlimen pada 1960, selain disertasinya, Perwatakan Hang Tuah yang mencabar interpretasi keperwiraan Hang Tuah sehingga mengangkat Hang Jebat, turut mendapat perhatian Pembabitannya dalam politik pula menyaksikan beliau mengepalai Parti Sosialis Rakyat Malaysia selama 18 tahun bermula beliau pulang ke tanah air pada 1966, sebelum mengambil keputusan untuk berundur daripada gerakan itu pada 1984 Kassim pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA selama hampir lima tahun yang turut mendorongnya membukukan pengalaman itu dalam memoir Universiti Kedua Selepas mengundurkan diri daripada politik, Beliau menubuhkan Jemaah al Quran Malaysia JAM dan menghasilkan buku Hadis Satu Penilaian Semula yang mencetuskan kontroversi sehingga dianggap antihadis Mencari Jalan Pulang Daripada Sosialisme Kepada Islam Kassim Ahmad ZI Publications 2008.1 Buku ini aku jumpa atas rak buku Perpustakaan USIM Dan bagi aku, buku ini memang sedap Percayalah 2 Pertama kali aku baca hasil tulisan Allahyarham Kassim Ahmad Sebelum ni pernah je dengar nama Kassim Ahmad daripada mulut mulut orang.3 Buku ini mengandungi 4 Bahagian dan 21 Bab Tebal buku ini adalah sebanyak 240 mukasurat.4 Bila kau baca buku ini, kau seolah olah membaca pemikiran Allayarham K Mencari Jalan Pulang Daripada Sosialisme Kepada Islam Kassim Ahmad ZI Publications 2008.1 Buku ini aku jumpa atas rak buku Perpustakaan USIM Dan bagi aku, buku ini memang sedap Percayalah 2 Pertama kali aku baca hasil tulisan Allahyarham Kassim Ahmad Sebelum ni pernah je dengar nama Kassim Ahmad daripada mulut mulut orang.3 Buku ini mengandungi 4 Bahagian dan 21 Bab Tebal buku ini adalah sebanyak 240 mukasurat.4 Bila kau baca buku ini, kau seolah olah membaca pemikiran Allayarham Kassim Ahmad Kalau sebelum ni, kita mendengar nama Kassim Ahmad hanya melalaui mulut mulut orang dan kita melabel beliau sebagai golongan Anti Hadis.5 Bagi aku, Kassim Ahmad merupakan seorang pemikir yang patut dicontohi semangat juangnya Ya, mungkin ada idea idea pemikiran beliau yang kita tak setuju tapi, itu bukan bermakna kita mengenepikan beliau secara total Kemajuan manusia datang dari keberanian berfikir.6 Aku suka penulisan ada Bab 9 yang bertajuk Perpustakaan Universiti Di dalam bab ini, Allayarham begitu kagum dengan gedung buku yang terdapat di universiti tempat beliau belajar Di dalam perpustakaan itu, Kassim Ahmad banyak menggunakan masanya dengan membaca buku yang terdiri pelbagai genre seperti sejarah, biografi falsafah, sains politik, sastera, dan agama Beliau juga ada mengkritik, Sekarang setelah kita merdeka pelajar pelajar kita hanya ada masa untuk membaca dalam kurikulum mereka saja Pengetahuan mereka di luar kurikulum kosong 7 Sebenarnya, banyak lagi perkara perkara positif yang boleh kita dapati daripada buku ini aku tak nak tulis kat sini Kalau aku tulis panjang panjang pun nanti korang malas baca Doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh penulis.8 Kalau korang nak baca buku ni, bolehlah cari di mana mana kedai buku, itupun kalau masih ada terjual Untuk warga USIM, korang boleh dapatkan buku ini di Perpustakaan USIM Kalau tak jumpa juga, boleh minta tolong pustakawan pustakawan yang ada di situ.9 Selamat membaca selamat mengembara duniaBOOKku alonalonjanjikelakon breatheNread 2017readingchallenge ENAMpuluh Kassim Ahmad menceritakan beberapa perkara penting dalam hidupnya yang tidak dapat tidak menjadi perhatian ramai khususnya buku tentang hadis yang ditulisnya Diceritakan juga bagaimana lahirnya buku itu dan permintaan beliau agar hadis dikaji dan dinilai semula Mencari Jalan Pulang boleh dikatakan sebuah biorafi ringkas kerana banyak peristiwa penting yang tidak diceritakan sepenuhnya seperti Jemaah al Quran Malaysia dan penahananya dalam ISA tetapi ada diceritakan dalam sebuah buku lain Be Kassim Ahmad menceritakan beberapa perkara penting dalam hidupnya yang tidak dapat tidak menjadi perhatian ramai khususnya buku tentang hadis yang ditulisnya Diceritakan juga bagaimana lahirnya buku itu dan permintaan beliau agar hadis dikaji dan dinilai semula Mencari Jalan Pulang boleh dikatakan sebuah biorafi ringkas kerana banyak peristiwa penting yang tidak diceritakan sepenuhnya seperti Jemaah al Quran Malaysia dan penahananya dalam ISA tetapi ada diceritakan dalam sebuah buku lain Beliau menginsafi perjuangan yang cuba dibuat bersama Parti Sosialis Rakyat Malaysia sehingga meletakkan semua jawatannya dan cuba berpatah balik mencari jalan pulang seolah olah jalan kebenaran untuknya Namun jalan yang dicari itu nampaknya atas tafsirannya sendiri, yang masih cuba memakai kacamata sosialis sehingga Qur an, hadis dan agama diterjemah atas pemahamannya meski pun ada perkaa yang kita boleh setuju dengannya Saya tidak menganggp beliau menemui jalan yang dicari, dia masih berada satu jalan yang berbeza dari apa yang kita fahami Jika Kassim Ahmad sampai dahulu ke alam Baqa , aku ingin sekali menulis belasungkawa pendek buat beliau Walau banyak sabda yang dinafi, di hujung sirat nanti, Muhammad nan terpuji akan menyambut tanganmu Buku ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dari sudut latar sejarah tanah air dan sejarah dunia yang dicoretkan oleh penulis Kata Dr Mahathir dalam kata pengantar buku ini, manusia itu akan mengalami tiga fasa kehidupan fasa radikal golongan kiri, fasa menjadi neutral centralist dan fasa menjadi golongan kanan konservatif Dan buku ini melakarkan perjalanan penulis yang menganut fahaman sosialis pada awalnya dan akhirnya keluar menemui jalan Islam.Struktur buku ini dibahagikan kepada empat Buku ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dari sudut latar sejarah tanah air dan sejarah dunia yang dicoretkan oleh penulis Kata Dr Mahathir dalam kata pengantar buku ini, manusia itu akan mengalami tiga fasa kehidupan fasa radikal golongan kiri, fasa menjadi neutral centralist dan fasa menjadi golongan kanan konservatif Dan buku ini melakarkan perjalanan penulis yang menganut fahaman sosialis pada awalnya dan akhirnya keluar menemui jalan Islam.Struktur buku ini dibahagikan kepada empat bahagian yang menceritakan setiap alam yang dialami penulis alam persekolahan, universiti, persatuan dan politik Bab bab yang terkandung di dalamnya tidak terlampau tebal tetapi padat dengan fakta dan nilai sastera Ini akan membuatkan pembaca tidak mampu untuk memberhentikan pembacaan di pertengahan jalan.Baik, penulis yang agak kontroversi lewat penghasilan karya beliau Hadis Satu Penilaian Semula ini, merupakan ulat buku yang sejak dari zaman sekolah Habis kesemua karya karya sastera tulisan gergasi gergasi Inggeris seperti Dickens, Hermingway, Blyton, Bernard Shaw, Thomas Hardy, Shakespeare, Eliot dan Sartre dibacanya.Minat beliau kemudiannya beralih kepada dunia politik menyedari keperluannya untuk mengubah struktur masyarakat ke arah yang lebih baik dan dunia keagamaan lantaran kekecewaan beliau terhadap ayahnya yang berkelulusan pondok dan guru agamanya yang tidak begitu merangsang beliau memahami makna makna al Quran itu sendiri melalui membaca al Quran versi terjemahan Maka, 15 jenis terjemahan al Quran dibacanya berserta tulisan tulisan Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, Iqbal, Marx, Engel, Lenin, Bertrand Russell, Plato, Whitehead dll.Tidak cukup dengan itu, minat penulis terhadap sejarah menambahkan lagi impak biografi beliau ini kepada pembaca Sekurang kurangnya, setiap pembaca yang menelaah karya ini pasti akan mendapat gambaran umum terhadap latar perang dunia pertama dan kedua serta pertelingkahan yang terkandung di dalamnya nasionalisme vs kolonialisme, blok liberalisme Barat vs blok komunisme Timur yang berakhir dengan perang dingin akibat agenda imperialis Inggeris, Churchill yang membatalkan persetujuan Roosevelt Stalin Churchill di Yalta pada 1945.Bab yang paling cemerlang diulas oleh penulis adalah pada bab Terlepas Dari Muara yang melakarkan bagaimana penulis menjawab krisis yang melanda dalam faham kapitalisme liberal dan sosialisme komunisme Barat.Secara tuntas, buku ini mampu menyampaikan suara suara golongan kiri di tanah air di samping pembaca dapat memahami analisis politik dunia dan tanah air penulis yang cukup baik serta hubungan baik penulis dengan ramai tokoh tokoh sastera, sejarah dan politik tanah air seperti Za ba, al Attas, SH Alatas, SQ Fatimi, Dr Mahathir, Ungku Aziz dll.Namun, ini tidak menafikan kekurangan yang wujud dalam buku ini terutamanya pada faham beliau terhadap permasalahan hadis dan mazhab serta ketidaktelitian editor dalam kesalahan ejaan yang agak banyak sebenarnya, mungkin melebihi 20 perkataan Secara keseluruhannya.Auto biografi ini memberi kita garis panduan untuk menilai pemikiran pak kassim.Bagi saya,ada beberapa perkara yang tidak saya bersetuju tapi sekurang kurangnya pak kassim bertindak menyedarkan kita khususnya penuntut ilmu agama untuk keluar dari zon selesa.Bergerak mencari kebenaran.Paling saya setuju bahawa perkara yang salah perlu dilawan dengan perkara yang betul.Jika ada kesilapan dari pandangan pak kassim perlu dilawan hujjah dengan perkara yang betul Cuma dalam bu Secara keseluruhannya.Auto biografi ini memberi kita garis panduan untuk menilai pemikiran pak kassim.Bagi saya,ada beberapa perkara yang tidak saya bersetuju tapi sekurang kurangnya pak kassim bertindak menyedarkan kita khususnya penuntut ilmu agama untuk keluar dari zon selesa.Bergerak mencari kebenaran.Paling saya setuju bahawa perkara yang salah perlu dilawan dengan perkara yang betul.Jika ada kesilapan dari pandangan pak kassim perlu dilawan hujjah dengan perkara yang betul Cuma dalam buku ini tidak mengandungi perincian tentang hadith satu penilaian semula.Dalam apa sahaja ilmu ada disiplin dan metodologinya.Termasuk ilmu hadith Ada beberapa isu dalam buku ini yang perlu dijawab dan dikritik.Mungkin di ruang yang lain.Apa pun saya suka pada sejarah penglibatan,perkembangan dan peralihan beliau dalam politik Aku tidak mengharapkan ia sebuah naskah yang humor mahupun puitis, namun keikhlasan dan kejujuran Pak Kassim melakarkan kisah hidupnya telah benar menginspirasikan diriku Ada beberapa perkara yang dapat aku ambil melalui memoir ini 1 Pak Kassim merupakan anak kampung yang melalui perih jerih kehidupan marhaen sebelum menjadi seperti sekarang, apa yang benar menginspirasikan ialah kekuatan beliau datang dari satu tekad untuk mencari kebenaran untuk memaknai kehidupannya Jarang benar aku dengar Aku tidak mengharapkan ia sebuah naskah yang humor mahupun puitis, namun keikhlasan dan kejujuran Pak Kassim melakarkan kisah hidupnya telah benar menginspirasikan diriku Ada beberapa perkara yang dapat aku ambil melalui memoir ini 1 Pak Kassim merupakan anak kampung yang melalui perih jerih kehidupan marhaen sebelum menjadi seperti sekarang, apa yang benar menginspirasikan ialah kekuatan beliau datang dari satu tekad untuk mencari kebenaran untuk memaknai kehidupannya Jarang benar aku dengar anak melayu berprinsipkan hidup mencari kebenaran dan ingin mengangkat masyarakat yang adil Ini tekad yang jelas, suci dan ikhlas.2 Diatas tekad beliau tersebut, Pak Kassim telah menggoncangkan status quo terhadap tradisi keilmuan Islam yang dipegang oleh majoriti Muslim Susuk ini mencabar kaedah dan sumber undang undang Islam yang disepakati zaman berzaman Untuk bersikap jujur, sekadar membaca memoir ini tidaklah membolehkan kita memahami hujah penuh Pak Kassim dalam cabarannya terhadap tradisi keilmuan Islam tersebut, namun gambaran dan fahaman ringkas yang beliau tampilkan didalam buku ini dapatlah kiranya aku membuat kesimpulan yang disebutkan Ya, jika benar Pak Kassim benar, atau jika benar Pak Kassim salah, kita perlu membaca dua naskah beliau yang lain iaitu Hadis Satu Penilaian Semula dan Hadis Jawapan kepada Pengkritik Barang diingat buku ini telah diharamkan.3 Sesuai dengan tajuknya Mencari Jalan Pulang , memoir ini menukilkan perjalanan hidup Pak Kassim dari kelahirannya sehingglah beliau pulang dimana beliau mengungkapkan diperenggan akhir memoir ini selamat tinggal kepada dunia lama, dan selamat datang kepada dunia baru Tekad yang saya sebutkan diatas, telah membawa Pak Kassim daripada fahaman sosialisme sebagai satu falsafah kepada Islam sebagai satu cara hidup yang syumul Jangan terkejut, kalau Islam yang Pak Kassim kembali pulang bukanlah Islam seperti kebanyakan dari kita, begitulah Pak Kassim yang penuh dengan kontroversi sepanjang coretan hidupnya Masakan beliau melepaskan jawatan sebagai presidan Parti Rakyat yang berjalur kiri dan sosialis yang dipegang selama 18 tahun, dan pulang kepada idealogi Islam 4 Ya, membaca memoir ini juga membuatkan aku menyedari satu fakta bahawa kebanyakan para ilmuan, ahli politik, dll yang terkenal pada dekad sezaman Pak Kassim mempunyai kaitan antara satu sama lain, dari Pendeta Za ba, Mohamad Iskandar ayah Tun M , Ahmad Boestamam,Prof Ungku Aziz, A Samad Said, Usman Awang, Prof Syed Hussein dan Naquib AlAttas, Syed Husin Ali, Tun M, Tun Musa Hitam, TG Haron Din, dll, mereka berkaitan samada rakan sekolah ataupun di universiti Sebagai pensyarah dan paling tidak di arena politik Most probably these figures are the best among the Malays at that time Indeed, Pak Kassim adalah antara 4 pelajar terbaik diseluruh negeri Kedah ketika itu, dan beliau juga menangkap udang galah yang naik ke dapur rumah tiap kali air sungai Kerian naik Oh ini sangat menarik dan benar menginspirasikan *Ebook ↚ Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam ☟ Kassim Ahmad, terkenal bukan sahaja sebagai ahli politik, malah juga sebagai ahli pemikir, sasterawan dan penulis terkenal di Malaysia Lahir di sebuah kampung pendalaman di Kedah, beliau memasuki Universiti Malaya di Singapura pada tahunan dan seterusnya mengajar di School of Oriental and African Studies, Universiti London Penglibatan politiknya membawa beliau memegang jawatan Pengerusi, Parti Sosialis Rakyat Malaysia selamatahun sehingga beliau mengambil keputusan berundur Kassim banyak menulis pelbagai artikel dan buku Satu karya beliau yang kontroversi ialah Hadis Satu Penilaian Semula Memoir Mencari Jalan Pulang Daripada Sosialisme kepada Islam ialah hasil tangannya yang terbaru Buku ini memberikan pembaca kanta kepada diri tuan Kassim Ahmad. Walaupun baru pertama kali membaca hasil karangan Kassim Ahmad yang saya akui membuatkan saya rasa sedikit ketinggalan apabila beliau merujuk kepada penulisannya yang agak infamous Charaacterization of Hang Tuah dan Hadis Sebuah Penilaian Semula , saya dapat menangkap sedikit sebanyak jalan cerita hidup dan perjuangannya, walaupun diberi secara cebis cebisan cerita, anekdot pendapat yang disusun separa kronologi.Sebenarnya, tidak mudah untuk membaca buku ini begitu sahaja kerana tumpuan p Walaupun baru pertama kali membaca hasil karangan Kassim Ahmad yang saya akui membuatkan saya rasa sedikit ketinggalan apabila beliau merujuk kepada penulisannya yang agak infamous Charaacterization of Hang Tuah dan Hadis Sebuah Penilaian Semula , saya dapat menangkap sedikit sebanyak jalan cerita hidup dan perjuangannya, walaupun diberi secara cebis cebisan cerita, anekdot pendapat yang disusun separa kronologi.Sebenarnya, tidak mudah untuk membaca buku ini begitu sahaja kerana tumpuan pengarang terhuyung hayang, kadang kala menjurus ke kiri, tiba tiba beralih ke kanan bukan sebagai metafora politikal , dan melonjak ke hadapan masa tanpa rentak Biasalah, coretan orang tua, tak boleh buat apa kan Namun, setelah diteliti sedikit, beserta kesabaran si pembaca, akan didapati suatu benang yang tulus, mengaitkan seluruh jalan cerita hidup insan ni.Suatu benang insan yang tetap idealis, humanis, intelektual dan penuh conscience yang tidak terputus sejak kecil pada zaman persekolahan hingga penyertaan beliau dalam lautan luas poitik nasional, yang semakin gelap semakin dalam diselami seseorang Rumusannya, saya dapati buku ini bukanlahuntuk mendalami intipati ataupun fakta yang terperinci Ada juga banyak pendapat dan hujah hujah yang saya kira agak luar biasa dan tidak saya terima Di sebalik semua itu, satu sahaja perkara mudah buku ini sebuah kenyataan pengarang tentang apakah kesimpulan yang telah beliau dapati setelah berbelasan tahun perjalanan hidupnya Oleh itu, saya dapati banyak isinya yang boleh diambil, tetapi jangan ditelan bulat bulat